Friday, 4 December 2015
KALI PERTAMA PERGI KE SEKOLAH TAHFIZ.
Wednesday, 2 December 2015
BERAKHIR TAHUN 2015
Saturday, 3 January 2015
Beli Seluar
Sampai di sana saya melihat orang ramai. Tentu ada jualan murah pada awal tahun ini. Kami terus pergi ke jualan seluar dan baju kanak-kanak. Atuk memilih dua helai yang sesuai dengan saiz saya iaitu saiz 11-12. Saya membawa dua seluar ke bilik persalinan lelaki untuk mencubanya. Saya dapati saiz itu sangat sesuai untuk saya.
Kami pergi ke kaunter express untuk membayar kerana barang yang kami beli kurang daripada 10 unit.
Selepas itu atuk pergi singgah membeli lauk untuk makan tengahari. Kemudian kami terus balik ke rumah.
Sambutan Maulidur Rasul di Batu Pahat
Selepas makan nasi baryani, atuk belanja saya makan aiskrim. Sebelum balik kami singgah membeli ikan. Selepas itu kami terus balik ke rumah.
Di rumah atuk mengingatkan saya menulis perkara yang telah saya buat pada hari ini.
Friday, 2 January 2015
Apabila atuk malas ke dapur.......
Pada waktu malam saya makan nasi lauk sup ikan dan ayam. Saya makan ayam sambil tengok cerita Robocop. saya suka tengok tv sambil makan ayam.
Selepas makan saya berasa bosan lalu saya buka komputer. Saya buka dan mendengar macam-macam lagu . Apabila saya mengantuk dan tidur.
Tahun Baru 2015
Friday, 21 June 2013
bola sepak
walaupun Aiman pandai bermain bola sepak,namun dia malas untuk berlatih.Sudah dua kali Cikgu Azman menegurnya,namun teguran itu tidak dipedulikan oleh Aiman.Baginya,dia tidak perlu berlatih lagi kerana dia memang berbakat.
Akhirnya,Cikgu Azman telah menyingkirkan Aiman daripada pasukan bola sepak itu.Tempat Aiman telah diganti oleh Ilham yang semakin terserlah permainannya setelah mengikut latihan yang diadakan.Tambahan pula,Ilham rajin berlatih dan menerima teguran daripada Cikgu Azman dengan hati terbuka.
Saya lemah....saya sedih
saya berjanji akan belajar bersungguh sungguh dan tidak akan bermain lagi.
Wednesday, 19 June 2013
ChickenFox menyerang kami.....
Pada hari ahad,adik saya juga kena chickenfox. Penyakit ini memang mudah berjangkit.
pada hari Isnin kami tidak pergi sekolah,kami tinggal di rumah dengan atuk.Pada petang itu,kami semua balik ke Batu Pahat rumah atuk.
Wednesday, 12 December 2012
CUTI SEKOLAH TIBA LAGI !!!
10 TAMAN TEMA PATUT DIKUNJUNGI
01 GENTING HIGHLAND _ Pahang
02 BUKIT GAMBANG, _ Pahang
03 A'FAMOSA RESORT _ Melaka
04 KIDZANIA _ Selangor
05 LOST WORLD OF TAMBUN _ Perak
06 MELAKA WONDERLAND _ Melaka
07 WET WORLD SHAH ALAM _ Selangor
08 COSMO WORLD THEME PARK _ Kuala Lumpur
09 THE CARNIVALL _ Kedah
10 SUNWAY LAGOON _ Selangor
Di antara 10 tempat ini,hanya 2 tempat sahaja yang sudah saya lawati.Tempat pertama ialah A'FAMOSA RESORT dan yang kedua ialah MELAKA WONDERLAND. Kalau ada peluang saya ke tempat2 lain.
My Bucuk
Ini gambar bucuk saya. Nama dia Bella. Mummy beri Bella pada saya masa saya kecil dulu.
Saya sayang pada bella ini kemana saya pergi saya sentiasa bawa dia. Malam malam saya peluk dia dan saya akan cium dia.
Umur bella sekarang sudah lebih 10 tahun. Badannya sudah koyak koyak, tanganya tinggal sebelah dan matanya tinggal satu. Walaubagaimana pun bauya masih sedap, tidak busuk.
Inilah gambar bella saya...
Tuesday, 11 December 2012
Shaun dan Shem
Kucing Kucing itu diletakkan di luar rumah.Tetapi kucing kucing boleh juga bermain di dalam rumah.
Mummy beri mereka makan whiskas.
kami sangat saya kucing kucing itu.
Sunday, 9 December 2012
Lawatan ke Kuala Lumpur
Pada masa cuti , saya dan kawan - kawan telah melawat ke Menara Kuala Lumpur. Lawatan ini adalah anjuran persatuan Bahasa Melayu. Apabila sampai. kami begitu terpegun melihat menara itu,Menara itu menpuyai seni bina yang moden Lantaran itu ,menara ini sering dibanjir oleh para pelancong asing. Saya berbangga kerana menjadi raykat malaysia.
Diri Saya
Nama saya Mohd Ilham. Saya lahir di Sabah. Masa itu mamy dan daddy saya kerja di Sabah. Sekarang mereka sudah balik ke Melaka.
Saya ada seorang adik bernama Ikhwan Najmi.
Kami tinggal di Melaka.

