Saturday 3 January 2015

Beli Seluar

Hari ini hari Ahad 4 Januari, atuk mengajak saya pergi ke Aeon Big untuk membeli seluar. Kami pergi pada pukul 12.00 tengahari. 

Sampai di sana saya melihat orang ramai. Tentu ada jualan murah pada awal tahun ini. Kami terus pergi ke jualan seluar dan baju kanak-kanak. Atuk memilih dua helai yang sesuai dengan saiz saya iaitu saiz 11-12. Saya membawa dua seluar ke bilik persalinan lelaki untuk mencubanya. Saya dapati saiz itu sangat sesuai untuk saya.

Kami pergi ke kaunter express untuk membayar kerana barang yang kami beli kurang daripada 10 unit.

Selepas itu atuk pergi singgah membeli lauk untuk makan tengahari. Kemudian kami terus balik ke rumah.  

No comments:

Post a Comment