Friday 2 January 2015

Tahun Baru 2015

Selamat Tahun Baru

Tahun 2015 jatuh pada hari khamis. Saya menyambut tahun baru bersama atuk saya  di rumah atuk saya di Batu Pahat. Saya di rumah atuk kerana saya hendak meneruskan belajar bahasa Inggeris di rumah maktuk iaitu cikgu Hjh. Fatimah seorang guru pakar bahasa Inggeris di Batu Pahat. Selain daripada itu saya dapat menemani atuk.

Pada tahun ini saya berasa sedih kerana saya menyambut tahun baru di Batu Pahat jauh dari mummy, dady dan adik saya . Tetapi saya berasa gembira kerana mendapat menemani atuk saya dan dapat belajar di rumah maktuk.

Saya berjanji akan belajar bersungguh sungguh kerana saya akan mengambil UPSR tidak lama lagi. Saya akan membuat persediaan yang cukup nanti. Saya berharap kepada tuhan agar saya lulus dan cemerlang 5A dalam UPSR. Saya akan solat 5 waktu dengan sempurna. Saya akan berusaha menghafal ayat - ayat Al Quran. Setakat ini saya baru dapat menghafal 11 ayat dari surah Yassin.

Saya berharap agar saya dan keluarga sentiasa dapat pelindungan dan petunjuk dari ALLAH S.W.T Mudah mudahan  ALLAH pekenankan doa dan hajat saya. Amin.....


No comments:

Post a Comment