Saturday 3 January 2015

Sambutan Maulidur Rasul di Batu Pahat

Hari ini Sabtu 3 Januari bersamaan 12 Rabiulawal, saya menemani atuk saya pergi ke Masjid Sultan Ismail untuk menghadiri sambutan maulidur Rasul. Di masjid kelihatan ramai orang. Kami masuk masjid untuk dengar ceramah. Selepas habis beceramah, kami pergi ke khemah untuk jamuan nasi baryani.

Selepas makan nasi baryani, atuk belanja saya makan aiskrim. Sebelum balik kami singgah membeli ikan. Selepas itu kami terus balik ke rumah. 

Di rumah atuk mengingatkan saya menulis perkara yang telah saya buat pada hari ini. 

No comments:

Post a Comment