Friday 4 December 2015

KALI PERTAMA PERGI KE SEKOLAH TAHFIZ.

Pada hari selasa lepas, saya bertiga pergi ke Madrasah Hamidya di tempat atuk saya belajar. Saya,adik saya dan sepupu saya cuba mendapatkan kawan baharu di madrasah itu. Pada mulanya saya malu hendak bertanya nama, selepas tiga hari saya telah mendapat kawan di seluruh madrasah itu. Saya tidak malu untuk bertanya nama dan sekarang saya suka madrasah di situ. JADI SESIAPA YANG FIRST TIME DUDUK DI SEKOLAH TAHFIZ, ANDA AKAN RASA BEST KERANA MENDAPAT KAWAN YANG BAIK HATI DAN SUDI MENOLONG.

Wednesday 2 December 2015

BERAKHIR TAHUN 2015

2015 HAMPIR MENINGALKAN KITA. PADA TAHUN INI, SAYA TELAH MELALUI PENGALAMAN PAHIT DAN MANIS BERSAMA SAMA DENGAN KAWAN SAYA DAN KELUARGA SAYA. SAYA AKAN MENGHADAPI ZAMAN REMAJA PADA TAHUN 2016. SAYA TIDAK MELUPAKAN KAWAN KAWAN SAYA YANG TELAH MENOLONG SEBELUM INI DAN GURU GURU SAYA MENOLONG SAYA MEMBUATKAN PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI UPSR 2015. KEPADA KELUARGA SAYA YANG SUDI MENOLONG SAYA. SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU.

Saturday 3 January 2015

Beli Seluar

Hari ini hari Ahad 4 Januari, atuk mengajak saya pergi ke Aeon Big untuk membeli seluar. Kami pergi pada pukul 12.00 tengahari. 

Sampai di sana saya melihat orang ramai. Tentu ada jualan murah pada awal tahun ini. Kami terus pergi ke jualan seluar dan baju kanak-kanak. Atuk memilih dua helai yang sesuai dengan saiz saya iaitu saiz 11-12. Saya membawa dua seluar ke bilik persalinan lelaki untuk mencubanya. Saya dapati saiz itu sangat sesuai untuk saya.

Kami pergi ke kaunter express untuk membayar kerana barang yang kami beli kurang daripada 10 unit.

Selepas itu atuk pergi singgah membeli lauk untuk makan tengahari. Kemudian kami terus balik ke rumah.  

Sambutan Maulidur Rasul di Batu Pahat

Hari ini Sabtu 3 Januari bersamaan 12 Rabiulawal, saya menemani atuk saya pergi ke Masjid Sultan Ismail untuk menghadiri sambutan maulidur Rasul. Di masjid kelihatan ramai orang. Kami masuk masjid untuk dengar ceramah. Selepas habis beceramah, kami pergi ke khemah untuk jamuan nasi baryani.

Selepas makan nasi baryani, atuk belanja saya makan aiskrim. Sebelum balik kami singgah membeli ikan. Selepas itu kami terus balik ke rumah. 

Di rumah atuk mengingatkan saya menulis perkara yang telah saya buat pada hari ini. 

Friday 2 January 2015

Apabila atuk malas ke dapur.......

Hari ini hari Jumaat, hari kedua tahun baru 2015. Saya masih di Batu Pahat. Hari ini atuk saya tidak masak sarapan, jadi kami   makan di gerai untuk sarapan pagi. Saya makan mee hun sup dan atuk makan nasi lemak.

Pada waktu tengahari pula kami makan nasi di restoran masam manis. Atuk saya tidak masak kerana tiada ikan untuk dimasak.

Selepas makan saya menemani atuk pergi ke kedai perabot. Atuk saya hendak membeli bantal yang lembut kerana atuk tidak boleh tidur di atas bantal keras sebab kepala atuk selalu sakit

Pada waktu malam saya makan nasi lauk sup ikan dan ayam. Saya makan ayam sambil tengok cerita Robocop. saya suka tengok tv sambil makan ayam. 

Selepas makan saya berasa bosan lalu saya buka komputer. Saya buka dan mendengar macam-macam lagu . Apabila saya mengantuk dan tidur. 

Tahun Baru 2015

Selamat Tahun Baru

Tahun 2015 jatuh pada hari khamis. Saya menyambut tahun baru bersama atuk saya  di rumah atuk saya di Batu Pahat. Saya di rumah atuk kerana saya hendak meneruskan belajar bahasa Inggeris di rumah maktuk iaitu cikgu Hjh. Fatimah seorang guru pakar bahasa Inggeris di Batu Pahat. Selain daripada itu saya dapat menemani atuk.

Pada tahun ini saya berasa sedih kerana saya menyambut tahun baru di Batu Pahat jauh dari mummy, dady dan adik saya . Tetapi saya berasa gembira kerana mendapat menemani atuk saya dan dapat belajar di rumah maktuk.

Saya berjanji akan belajar bersungguh sungguh kerana saya akan mengambil UPSR tidak lama lagi. Saya akan membuat persediaan yang cukup nanti. Saya berharap kepada tuhan agar saya lulus dan cemerlang 5A dalam UPSR. Saya akan solat 5 waktu dengan sempurna. Saya akan berusaha menghafal ayat - ayat Al Quran. Setakat ini saya baru dapat menghafal 11 ayat dari surah Yassin.

Saya berharap agar saya dan keluarga sentiasa dapat pelindungan dan petunjuk dari ALLAH S.W.T Mudah mudahan  ALLAH pekenankan doa dan hajat saya. Amin.....


Friday 21 June 2013

bola sepak

Hari ini latihan bola sepak telah diadakan oleh cikgu Azman.Beliau mengadakan latihan itu untuk membaiki kelemahan yang masih dimiliki oleh para pemain pasukanya.Semua pemain telah hadir kecuali Aiman.
walaupun Aiman pandai bermain bola sepak,namun dia malas untuk berlatih.Sudah dua kali Cikgu Azman menegurnya,namun teguran itu tidak dipedulikan oleh Aiman.Baginya,dia tidak perlu berlatih lagi kerana dia memang berbakat.
Akhirnya,Cikgu Azman telah menyingkirkan Aiman daripada pasukan bola sepak itu.Tempat Aiman telah diganti oleh Ilham yang semakin terserlah permainannya setelah mengikut latihan yang diadakan.Tambahan pula,Ilham rajin berlatih dan menerima teguran daripada Cikgu Azman dengan hati terbuka.