Friday 21 June 2013

bola sepak

Hari ini latihan bola sepak telah diadakan oleh cikgu Azman.Beliau mengadakan latihan itu untuk membaiki kelemahan yang masih dimiliki oleh para pemain pasukanya.Semua pemain telah hadir kecuali Aiman.
walaupun Aiman pandai bermain bola sepak,namun dia malas untuk berlatih.Sudah dua kali Cikgu Azman menegurnya,namun teguran itu tidak dipedulikan oleh Aiman.Baginya,dia tidak perlu berlatih lagi kerana dia memang berbakat.
Akhirnya,Cikgu Azman telah menyingkirkan Aiman daripada pasukan bola sepak itu.Tempat Aiman telah diganti oleh Ilham yang semakin terserlah permainannya setelah mengikut latihan yang diadakan.Tambahan pula,Ilham rajin berlatih dan menerima teguran daripada Cikgu Azman dengan hati terbuka. 

No comments:

Post a Comment