Friday 21 June 2013

bola sepak

Hari ini latihan bola sepak telah diadakan oleh cikgu Azman.Beliau mengadakan latihan itu untuk membaiki kelemahan yang masih dimiliki oleh para pemain pasukanya.Semua pemain telah hadir kecuali Aiman.
walaupun Aiman pandai bermain bola sepak,namun dia malas untuk berlatih.Sudah dua kali Cikgu Azman menegurnya,namun teguran itu tidak dipedulikan oleh Aiman.Baginya,dia tidak perlu berlatih lagi kerana dia memang berbakat.
Akhirnya,Cikgu Azman telah menyingkirkan Aiman daripada pasukan bola sepak itu.Tempat Aiman telah diganti oleh Ilham yang semakin terserlah permainannya setelah mengikut latihan yang diadakan.Tambahan pula,Ilham rajin berlatih dan menerima teguran daripada Cikgu Azman dengan hati terbuka. 

Saya lemah....saya sedih

Hari ini hari khamis,20 Jun.Saya dan adik saya masih berada di Batu pahat rumah atuk saya.Penyakit chickenfox belum baik lagi.Pada hari ini rupa-rupanya sekolah saya mengadakan hari perjumpaan ibu bapa dan guru.sebab itu,mummy saya bawa balik buku rekod pelajaran saya dan adik saya.Saya berasa sedih dengan keputusan ujian saya.saya mendapat nombor 32 daripada 35 orang.Saya lemah dalam banyak mata pelajaran.saya juga tidak buat folio.
saya berjanji akan belajar bersungguh sungguh dan tidak akan bermain lagi. 

Wednesday 19 June 2013

ChickenFox menyerang kami.....

minggu ini saya tidak pergi ke sekolah kerana diserang chickenfox.Semasa saya diserang chickenfox dady membawa saya pergi ke klinik al azim.keesokan harinya,saya tidak dapat pergi taekwando hypermax kerana chickenfox.Adik saya je yang dapat pergi pertandingan itu.Selama 1jam,ketika adik saya balik dia telah menang mendapat tepat ke-2 dalam pertandingan itu.
 Pada hari ahad,adik saya juga kena chickenfox. Penyakit ini memang mudah berjangkit.
pada hari Isnin kami tidak pergi sekolah,kami tinggal di rumah dengan atuk.Pada petang itu,kami semua balik ke Batu Pahat rumah atuk.