Friday 2 January 2015

Apabila atuk malas ke dapur.......

Hari ini hari Jumaat, hari kedua tahun baru 2015. Saya masih di Batu Pahat. Hari ini atuk saya tidak masak sarapan, jadi kami   makan di gerai untuk sarapan pagi. Saya makan mee hun sup dan atuk makan nasi lemak.

Pada waktu tengahari pula kami makan nasi di restoran masam manis. Atuk saya tidak masak kerana tiada ikan untuk dimasak.

Selepas makan saya menemani atuk pergi ke kedai perabot. Atuk saya hendak membeli bantal yang lembut kerana atuk tidak boleh tidur di atas bantal keras sebab kepala atuk selalu sakit

Pada waktu malam saya makan nasi lauk sup ikan dan ayam. Saya makan ayam sambil tengok cerita Robocop. saya suka tengok tv sambil makan ayam. 

Selepas makan saya berasa bosan lalu saya buka komputer. Saya buka dan mendengar macam-macam lagu . Apabila saya mengantuk dan tidur. 

No comments:

Post a Comment