Friday, 21 June 2013

bola sepak

Hari ini latihan bola sepak telah diadakan oleh cikgu Azman.Beliau mengadakan latihan itu untuk membaiki kelemahan yang masih dimiliki oleh para pemain pasukanya.Semua pemain telah hadir kecuali Aiman.
walaupun Aiman pandai bermain bola sepak,namun dia malas untuk berlatih.Sudah dua kali Cikgu Azman menegurnya,namun teguran itu tidak dipedulikan oleh Aiman.Baginya,dia tidak perlu berlatih lagi kerana dia memang berbakat.
Akhirnya,Cikgu Azman telah menyingkirkan Aiman daripada pasukan bola sepak itu.Tempat Aiman telah diganti oleh Ilham yang semakin terserlah permainannya setelah mengikut latihan yang diadakan.Tambahan pula,Ilham rajin berlatih dan menerima teguran daripada Cikgu Azman dengan hati terbuka. 

Saya lemah....saya sedih

Hari ini hari khamis,20 Jun.Saya dan adik saya masih berada di Batu pahat rumah atuk saya.Penyakit chickenfox belum baik lagi.Pada hari ini rupa-rupanya sekolah saya mengadakan hari perjumpaan ibu bapa dan guru.sebab itu,mummy saya bawa balik buku rekod pelajaran saya dan adik saya.Saya berasa sedih dengan keputusan ujian saya.saya mendapat nombor 32 daripada 35 orang.Saya lemah dalam banyak mata pelajaran.saya juga tidak buat folio.
saya berjanji akan belajar bersungguh sungguh dan tidak akan bermain lagi. 

Wednesday, 19 June 2013

ChickenFox menyerang kami.....

minggu ini saya tidak pergi ke sekolah kerana diserang chickenfox.Semasa saya diserang chickenfox dady membawa saya pergi ke klinik al azim.keesokan harinya,saya tidak dapat pergi taekwando hypermax kerana chickenfox.Adik saya je yang dapat pergi pertandingan itu.Selama 1jam,ketika adik saya balik dia telah menang mendapat tepat ke-2 dalam pertandingan itu.
 Pada hari ahad,adik saya juga kena chickenfox. Penyakit ini memang mudah berjangkit.
pada hari Isnin kami tidak pergi sekolah,kami tinggal di rumah dengan atuk.Pada petang itu,kami semua balik ke Batu Pahat rumah atuk.

Wednesday, 12 December 2012

CUTI SEKOLAH TIBA LAGI !!!

10 TAMAN TEMA PATUT DIKUNJUNGI

01 GENTING HIGHLAND _  Pahang

02  BUKIT GAMBANG,        _   Pahang

03  A'FAMOSA RESORT     _     Melaka

04  KIDZANIA                         _    Selangor

05  LOST WORLD OF TAMBUN     _  Perak

06  MELAKA WONDERLAND          _  Melaka

07 WET WORLD SHAH ALAM        _  Selangor

08 COSMO WORLD THEME PARK       _  Kuala Lumpur

09 THE CARNIVALL             _  Kedah

10 SUNWAY LAGOON         _  Selangor

Di antara 10 tempat ini,hanya 2 tempat sahaja yang sudah saya lawati.Tempat pertama ialah A'FAMOSA RESORT dan yang kedua ialah   MELAKA WONDERLAND. Kalau ada peluang saya ke tempat2 lain.

My Bucuk

Ini gambar bucuk saya. Nama dia Bella. Mummy beri Bella  pada saya masa saya kecil dulu.
Saya sayang pada bella ini  kemana saya pergi saya sentiasa bawa dia. Malam malam saya peluk dia dan saya akan cium dia.
Umur bella sekarang sudah lebih 10 tahun. Badannya sudah koyak koyak, tanganya tinggal sebelah dan matanya tinggal satu. Walaubagaimana pun bauya masih sedap, tidak busuk.
Inilah gambar bella saya...

Tuesday, 11 December 2012

Shaun dan Shem

Mummy saya ada memelihara dua ekor kucing yang bernama Shaun dan Shem.Umur Shaun 3 tahun,kucing itu mempunyai empat kaki yang sangat pendek.Tetapi kucing itu boleh berlari dengan laju.Shem berumur 9 tahun,Shem berwarna coklat,manakala Shaun berwarna hitam putih.Both of them are very beautiful.
Kucing Kucing itu diletakkan di luar rumah.Tetapi kucing kucing boleh juga bermain di dalam rumah.
Mummy beri mereka makan whiskas.
kami sangat saya kucing kucing itu.

Sunday, 9 December 2012

Lawatan ke Kuala Lumpur


Pada masa cuti , saya dan kawan - kawan telah melawat ke Menara Kuala Lumpur. Lawatan ini adalah anjuran persatuan Bahasa Melayu. Apabila sampai. kami begitu terpegun melihat menara itu,Menara itu menpuyai seni bina yang moden Lantaran itu ,menara ini sering dibanjir oleh para pelancong asing. Saya berbangga kerana menjadi raykat malaysia.